Lirik Lagu Di Sebalik - Ila Damiaa feat Joe Flizzow

Lirik Lagu Di Sebalik - Ila Damiaa feat Joe Flizzow


Desas dan desus yang aku dengar
Engkau bertanyakan khabar
Siapa agaknya gadis berhijab itu

Baik dan sopan budi bicara
Aku tertarik padanya
Ingin engkau ambil dirinya
Menjadi isteri hidupmu

Sebelum kau mendekati aku
Kau perlu tahu sebenar-benar aku

Di sebalik kehalusan adanya kekuatan
Jangan cuba mengubah diriku kau tak mampu
Di sebalik keayuan adanya keyakinan
Jangan cuba mencalar hatiku kau kan tahu

Adanya kelembutan
Jangan cuba kau mencabar
Manisnya oh senyuman
Itu racun dan penawar

Desas dan desus yang aku dengar
Engkau bertanyakan khabar
Siapa agaknya gadis berhijab itu

Keluh dan kesah pernah ku dengar
Yang aku bagaikan mawar
Ingin mereka memetik tetapi sayangnya berduri

Sebelum kau mendekati aku
Kau perlu tahu siapa diri ini

Di sebalik kehalusan adanya kekuatan
Jangan cuba mengubah diriku kau tak mampu
Di sebalik keayuan adanya keyakinan
Jangan cuba mencalar hatiku kau kan tahu

Itu mereka ini aku
Ini bukan drama skrip bahasa baku
Ku berlari kejar bintang kalau jatuh aku bangun
Beza antara impian, mimpi dan mengelamun
Kalau tak sampai bulan ku tersungkur atas langit
Di puncak dunia pemandangannya panoramik
Bangun di hening pagi sebelum mentari terbit
Membanting tulang pulang bila angkasa berkelip
Pelik, banyak andaian yang datang dari yang belum celik
Tapi dalam tidur pun mereka bisa mengherdik
Biarkan mereka terus mengigau
Aku tidak risau duduk diam-diam
Tapi sebelum aku hilang
Kita kan bersinar
Ila!

Di sebalik kehalusan adanya kekuatan
Jangan cuba mengubah diriku kau tak mampu
Di sebalik keayuan adanya keyakinan
Jangan cuba mencalar hatiku kau kan tahu

Adanya kelembutan
Jangan cuba kau mencabar
Jangan cuba mengubah diriku kau tak mampu
Di sebalik keayuan adanya keyakinan
Jangan cuba mencalar hatiku kau kan tahu

Di sebalik kehalusan

Lirik Lagu Ila Damiaa / Joe Flizzow :

Lirik Lagu Di Sebalik - Ila Damiaa feat Joe Flizzow
Silakan untuk share

Lirik Lagu Di Sebalik - Ila Damiaa feat Joe Flizzow

Setiap senikata lirik lagu yang terkandung di dalam blog ini hanya untuk tujuan pengenalan dan pendidikan sahaja.
Hakcipta adalah kepunyaan pengarang, karyawan, artis dan label muzik masing-masing. Sokonglah industri muzik nusantara dengan membeli produk original di pasaran atau memuat turun lagu/nada dering secara sah di internet.

All lyrics are property and copyright of their actual owners and provided for educational purposes and personal use only.

Blog http://liriklagubaik.blogspot.com/ tidak pernah berkongsi file apapun. Kami hanya menulis lirik lagu.

Blog http://liriklagubaik.blogspot.com/ never shared any files. We just write lyrics.